HomeUtamaBanjir : Beberapa laluan utama di Sabah tidak boleh dilalui

Banjir : Beberapa laluan utama di Sabah tidak boleh dilalui

Read Time:37 Second

Penampang : Beberapa jalan utama di daerah ini dilaporkan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan berikutan banjir yang melanda sejak petang semalam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, antara jalan yang tidak dapat dilalui adalah di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom, Jalan Limbanak dan Jalan Pukakon-Pomotodon di Penampang.

Kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di Jalan Kota Kinabalu – Keningau-Tenom yang terletak berhampiran Kampung Timpoluon dalam daerah Penampang.

Difahamkan jalan terputus dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan dan pihak konsesi juga tidak dapat melaksanakan kerja akibat jalan masih banjir setakat ini.

Sementara itu, di beberapa kawasan sekitar Sipitang turut dilaporkan berlaku banjir kilat antaranya di Jalan Kota Kinabalu-Sindumin, kawasan pekan Sipitang dan Pasar Awam Sipitang.

RELATED ARTICLES
Utama

Penganjuran Forum Integriti, komitmen berterusan QSB dalam amalan urus tadbir berintegriti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular