HomeUtamaBanjir: Jumlah mangsa di Sabah terus meningkat, empat daerah terjejas

Banjir: Jumlah mangsa di Sabah terus meningkat, empat daerah terjejas

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Daerah Tuaran dan Tamparuli menjadi daerah terbaru terjejas banjir menjadikan 328 mangsa dipindahkan ke empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sabah setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, selain itu, dua daerah lain iaitu Penampang dan Putatan turut terjejas akibat banjir yang berterusan sejak semalam.

“Bagi daerah Penampang, seramai 165 mangsa melibatkan 67 ketua isi rumah (KIR) dipindahkan ke PPS Dewan Kebudayaan Penampang.

“Manakala di Putatan, setakat jam 4 petang tadi, seramai 116 mangsa melibatkan 25 KIR dipindahkan ke Dewan Sri Putatan,” menurut kenyataan itu di sini.

Bagi daerah Tuaran, seramai 29 mangsa melibatkan lapan KIR dipindahkan ke PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh dan di Tamparuli, seramai 18 mangsa telah dipindahkan ke PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi.

Laporan Sekretariat JPBN Sabah menunjukkan trend banjir di Sabah menunjukkan peningkatan. – SABAH MEDIA / FOTO APM

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir Sabah : Semua PPS ditutup sepenuhnya petang ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular