HomeUtamaMusim hujan: Semua pihak berkuasa tempatan diarah bersiap siaga

Musim hujan: Semua pihak berkuasa tempatan diarah bersiap siaga

Read Time:1 Minute, 17 Second

PENAMPANG: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri supaya sentiasa bersiap siaga ketika musim hujan ini.

“Pastikan semua longkang dibersihkan. Jangan tunggu hujan baru ambil tindakan. Kita mesti bersedia setiap masa,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Pusat Kebudayaan Penampang di sini, hari ini.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri dan Persekutuan amat prihatin terhadap mereka yang terjejas akibat banjir kilat dan akan membantu semua mangsa.

“Kerajaan negeri bersimpati dengan nasib mereka jadi kami bersedia untuk memberi bantuan tunai kecemasan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga di Pusat Kebudayaan Penampang.

“Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick yang merupakan ahli parlimen Penampang juga akan membantu mangsa banjir ini,” katanya.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan untuk membantu mereka yang tidak dipindahkan ke pusat perlindungan sementara tetapi rumah mereka rosak teruk akibat banjir.

Terdahulu, Pegawai Daerah Francis Chong memberi taklimat kepada Ketua Menteri bahawa pada masa ini terdapat 67 keluarga membabitkan 165 orang ditempatkan di PPS itu sejak ia diaktifkan pada jam 5.25 petang Ahad (30 Jun).

Beliau juga dimaklumkan bahawa 11 kampung di sekitar daerah Penampang ditenggelami air akibat hujan lebat pada Ahad.

Satu nyawa terkorban membabitkan seorang wanita yang dihanyutkan arus deras berhampiran bulatan di Donggongon semasa banjir kilat.

Kemudian, Hajiji diiringi Ewon, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Juri dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shaminan Sahari meninjau situasi banjir di Kampung Tuavon dan Hungab.

RELATED ARTICLES
Utama

40 Pegawai Bomba Sabah tamat kursus elektrik dikelola SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular