HomeIsu tempatanJadikan Sipitang sebagai sebuah daerah indah, bersih untuk dikunjungi

Jadikan Sipitang sebagai sebuah daerah indah, bersih untuk dikunjungi

Read Time:1 Minute, 26 Second

Sipitang : Penduduk khususnya di daerah ini diajak untuk sama-sama menjaga kebersihan bagi menjadikan Sipitang sebagai sebuah daerah yang indah dan bersih untuk dikunjungi pengunjung dari luar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Dr Yusof Yacob berkata, peranan semua pihak penting dalam memastikan usaha menjadikan daerah ini indah dan bersih tercapai.

“Kita mahu memberi gambaran kepada umum bahawa Sipitang adalah sebuah daerah yang perlu dikunjungi, perlu dilawati dan mempunyai tempat yang cantik perlu dilihat.

“Jadi, kita ajak semua masyarakat samada pemimpin politik, pegawai kerajaan, pekerja swasta, pemimpin masyarakat, Ketua Kampung, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan juga penduduk kampung sendiri mestilah terlibat.

“Kita mahu mengubah budaya orang Sipitang dalam Bahasa Kadayan budaya meher…pengamah ini kita mahu buang dan diubah dengan satu pemikiran untuk memastikan alam sekitar yang bersih dan indah,” katanya pada Program Gotong Royong Membersihkan Pesisir Pantai Masjid Imam Haji Hashim hingga Sekolah Menengah Pengiran Omar, semalam.

Program itu anjuran Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sindumin, PGRS Zon Bandar Sipitang, Persatuan Wanita dan Keluarga Sipitang dan Persatuan Peduli Rakyat Sipitang.

Hadir sama, Ketua Wanita PGRS Sindumin Anisah Darmansa, Ketua Beliawanis PGRS Sindumin Nursiha Masri, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Imam Haji Hashim Sipitang Abdullah Awang Adi dan Pengerusi Persatuan Peduli Rakyat Sipitang Arthur Padan.

Justeru itu, Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata program gotong royong ini sebagai permulaan yang beliau ingin uar-uarkan dari dahulu untuk menjadikan Sipitang yang bersih dan indah.

Beliau berkata, program ini merupakan satu permulaan dan selepas ini akan diteruskan dengan melibatkan pelbagai pihak dan masyarakat.

Pada program itu, Dr Yusof turut berkesempatan meletakkan satu papan tanda menjaga kebersihan di pesisir pantai SMPO dan selepas ini beberapa papan tanda sama akan diletakkan di beberapa lokasi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Rumah SMJ bantu rakyat dapat kediaman lebih selesa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular