HomeUtamaJBPM Sabah terima 242 panggilan melibatkan banjir

JBPM Sabah terima 242 panggilan melibatkan banjir

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima 242 panggilan melibatkan banjir di empat buah kawasan di negeri ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah di Tuaran, Inanam, Manggatal dan Penampang setakat jam 10 pagi tadi.

“Seramai 57 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran; BBP Kota Kinabalu; BBP Penampang; Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dan BBP Tambunan terlibat dalam operasi menyelamat dan memindahkan mangsa terjejas bencana.

“Bagi daerah Tuaran, sebanyak tujuh panggilan diterima melibatkan kawasan Jalan Kiulu; Kampung Baru Selaut dan Kampung Regangan Lama.

“Manakala bagi Inanam dan Manggatal, PGO JBPM Sabah menerima 13 panggilan melibatkan Kampung Kokol; Kampung Kionsom Baru; Ulu Kionsom; Rampaian Laut; Kampung Dambai dan Kampunt Pemotodon,” menurut kenyataan itu di sini.

Bagi daerah Penampang, PGO JBPM Sabah menerima sebanyak 212 panggilan melibatkan 23 kawasan.

Antaranya Kampung Inopok; Kampung Kolopis; Kampung Limbanak; Kampunt Tuavon; Kampung Kibabaig; Penampang Troper; Kampung Sugut; Kampung Timpoluon dan Kampunt Kituau.

Selain itu, adalah di Kampung Kituau; Kampung Pagan Sakan; Kampung Kibatu; Kampung Kasigui; ; Kampung Nampasan; Kampung Inobong; Kampung Sunon; Kampung Moyog; Kampung Kimoligam; Kampung Mambagon; Kampung Gong Dabak; Kampung Agut Jubili; Kampung Peropok; Dongkahang dan Kambau. 

Dalam pada itu, pasukan Bomba dan Penyelamat Sabah kini masih meneruskan kerja-kerja di lokasi yang terlibat banjir iaitu di Kampung Tulung Inobong (Seberang Sungai) untuk di pindahkan ke PPS Pusat Kebudayaan Penampang. –SABAH MEDIA / FOTO JBPM Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

PTPS bantu anak Sabah mohon bantuan pendidikan  dengan lebih mudah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular