PENAMPANG: Ketua Polis Penampang, Superintendan Sammy Newton menyelamatkan warga emas yang terperangkap dalam kenderaan di kawasan banjir berhampiran Jalan Kasigui, di sini, sebentar tadi (1 Jul).
Tanpa mengira pangkat di bahu beliau bersama pasukan petugas Op Banjir Daerah Penampang, turun padang bermula daripada semalam memantau kawasan terjejas banjir sekitar Penampang.
Sammy turut menasihatkan orang ramai agar tidak melalui kawasan atau laluan yang terjejas banjir bagi mengelak keadaan yang tidak diingini berlaku.
Semalam, media melaporkan beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang dinaiki air banjir susulan hujan lebat yang berterusan sejak pagi kelmarin.