HomeUtamaPutatan diisytiharkan kawasan bencana banjir

Putatan diisytiharkan kawasan bencana banjir

Read Time:50 Second

Kota Kinabalu : Daerah Putatan hari ini
diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan yang turun sejak semalam.

Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Putatan Masawi Salleh berkata, bencana banjir itu menyebabkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas.

“Dengan ini berdasarkan maklumat lapangan dan laporan yang diterima daripada agensi-agensi JPBD Putatan, adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Putatan yang menyebabkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas.

“Saya telah mengarahkan agar semua agensi keselamatan berada di lapangan bagi memantau dan melakukan penilaian semasa keadaan banjir, terutamanya bagi tujuan pemindahan mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan di sini.

Masawi berkata, Bilik Gerakan Bencana (PKOB) Daerah Putatan juga telah dibuka dan semua petugas jabatan diminta bertugas sesuai tugas dan jadual yang telah ditetapkan.

Katanya, Pusat Perpindahan Sementara (PPS) juga telah dibuka di Dewan Sri Putatan.

“Penduduk sekitar Daerah Putatan yang terjejas dengan banjir dan memerlukan pertolongan boleh berhubung di nombor
088762220 (PKOB Putatan),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

PTPS bantu anak Sabah mohon bantuan pendidikan  dengan lebih mudah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular