HomeUtamaSESB nasihat orang awam amalkan tip keselamatan elektrik ketika banjir

SESB nasihat orang awam amalkan tip keselamatan elektrik ketika banjir

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menasihatkan orang ramai agar segera memaklumkan SESB sekiranya kawasan perumahan atau kampung dinaiki air banjir berikutan hujan lebat yang melanda di kebanyakan kawasan di Sabah supaya bekalan elektrik dapat dihentikan oleh SESB.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata penutupan bekalan itu adalah kritikal untuk memastikan keselamatan orang ramai.

Beliau turut memaklumkan bahawa SESB sedang giat berusaha untuk memastikan bekalan elektrik yang ditutup di beberapa kawasan di Pantai Barat Sabah yang dilanda banjir kilat dapat dipulihkan semula secara berperingkat.

“Pemulihan semula bekalan akan dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada akses, keadaan setempat dan juga faktor keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau menasihati pengguna untuk mengamalkan beberapa panduan keselamatan elektrik bagi mengelak kejadian yang tidak diingini dari berlaku.

“Antaranya adalah hindari penggunaan sebarang peralatan elektrik dan pastikan suis utama di premis ditutup apabila premis dinaiki air;

“Jangan menyentuh peralatan, tiang besi atau kabel elektrik yang terendam dalam air banjir walaupun bersalut dengan periebat untuk mengelakkan renjatan elektrik;

“Sekiranya diarahkan untuk berpindah, pastikan suis utama di premis kediaman dimatikan;

“Pastikan semua suis di soket alir keluar ditutup dan tanggalkan palam kuasa peralatan elektrik:

“Sekiranya premis dipasang dengan sistem solar PV, matikan sistem tersebut sebelum anda keluar dari rumah bagi mengelakkan bekalan suap balik ke sistem pendawaian rumah anda,” katanya.

Orang awam juga dinasihatkan untuk terus menghubungi SESB di talian 15454, Whatsap 019- 8525427, 088-515000.

RELATED ARTICLES
Utama

Penganjuran Forum Integriti, komitmen berterusan QSB dalam amalan urus tadbir berintegriti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular