HomeSukanSUKMA 2024 : Sabah yakin mampu raih sasaran pingat

SUKMA 2024 : Sabah yakin mampu raih sasaran pingat

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Atlet Sabah yang sudah tersenarai bagi mewakili negeri ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak Ogos depan diharap meneruskan latihan dengan penuh disiplin.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, pihaknya turut berharap agar sasaran 40 pingat emas pada temasya itu dapat dicapai dengan komitmen yang diberikan oleh atlet.

“Kita harap atlet yang sudah tersenarai mewakili Sabah ini dapat meneruskan latihan mereka dengan gigih dan penuh disiplin.

“Mudah-mudahan bukan sahaja kita akan dapat melihat sasaran itu dapat dicapai, tapi mungkin satu-satu kejutan daripada mana-mana acara juga dapat dicatat pada temasya itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Sukan Perpaduan 2024 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dan KBS Sabah di Kompleks Sukan Likas, di sini semalam.

Ellron berkata, Sabah kekal menyasarkan untuk mengutip sekurang-kurangnya 40 pingat emas pada SUKMA kali ini.

“Setakat ini, atlet yang kita latih ada 1,000 lebih tapi kita akan buat pemilihan dan jumlah dijangka akan turun ke 700 lebih.

“Persiapan memang sudah mula dari tahun lalu lagi dan mudah-mudahan sasaran itu dapat dicapai. Antara acara yang kita sasarkan emas adalah acara renang dan kombat seperti taekwondo, karate dan lain-lain,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular