HomeUtamaBanjir Sabah : Mangsa dipindahkan ke PPS terus meningkat

Banjir Sabah : Mangsa dipindahkan ke PPS terus meningkat

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Jumlah mangsa terjejas banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini terus meningkat kepada 464 orang setakat jam 8 pagi tadi berbanding 450 mangsa pada jam 4 pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, mangsa yang dipindahkan itu ditempatkan di empat PPS yang dibuka melibatkan daerah Penampang; Putatan; Tuaran dan daerah kecil Tamparuli.

“Peningkatan itu membabitkan mangsa yang dipindahkan ke PPS di daerah Penampang yang bertambah kepada 279 dimana pada subuh tadi jumlah berkenaan direkodkan seramai 261 orang.

“Namun di Putatan, jumlah mangsa dipindahkan di PPS Dewan Sri Putatan menunjukkan penurunan kepada 138 mangsa pada jam 8 pagi ini berbanding 142 mangsa pada 4 pagi tadi,” menurut kenyatan itu di sini hari ini.

Bagi daerah Tuaran dan daerah kecil Tamparulu, jumlah mangsa dipindahkan kekal masing-masing 29 dan 18 orang.

Semua mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh dan PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi.

Laporan Sekretariat JPBN Sabah menunjukkan trend banjir di Sabah menunjukkan peningkatan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Kuamut sertai misi bantuan mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular