HomeIsu tempatanJangan tularkan berita tidak sahih yang boleh kelirukan pengguna

Jangan tularkan berita tidak sahih yang boleh kelirukan pengguna

Read Time:1 Minute, 14 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan meminta pengguna agar tidak menularkan sebarang berita tidak sahih  khususnya berkaitan ketidakpatuhan peniaga di media sosial.

Ketua Pegawai Penguatkuasa daerah KPDN cawangan Sandakan Azdy Zukkry John berkata, ia adalah bertujuan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham dalam kalangan pengguna khususnya di daerah ini.

“Ini adalah berikutan tindakan yang telah diambil oleh pihak kita baru-baru ini terhadap salah sebuah pasar raya di daerah Sandakan yang didapati menyimpan produk halal yang bercampur dengan produk tidak halal telah tular di media sosial gambar premis ‘Ternakan Sri Jaya Sdn.Bhd.’ yang didakwa sebagai lokasi tempat kejadian kes terbabit.

“Pihak KPDN Sandakan ingin menjelaskan bahawa premis yang ditularkan itu adalah bukan premis tempat kejadian serta tidak ada sebarang kaitan dengan premis yang telah diambil tindakan oleh pihak KPDN Sandakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azdy berkata, siasatan terhadap premis sebenar yang diambil tindakan berhubung penyimpanan produk halal dengan produk tidak halal itu masih dijalankan oleh pihak KPDN Sandakan di bawah  Akta Perihal Dagangan 2011 [Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011].

Katanya, KPDN Sandakan amat mengalu-alukan aduan daripada orang ramai sekiranya ingin mengemukakan aduan membabitkan ketidakpatuhan peniaga.

“Kementerian telah menyediakan pelbagai platform bagi memudahkan orang ramai menyalurkan aduan kerana ia dapat membantu KPDN melaksanakan tindakan pantas bagi mengekang aktiviti menyalahi undang-undang.

“Aduan salah laku peniaga boleh disalurkan menerusi saluran aduan rasmi yang telah disediakan oleh KPDN,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sandakan

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peranan persatuan penting galakkan pendermaan darah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular