HomeUtamaLebih 180 pelatih meriahkan Karnival ‘Youth and Grassroot’ TBBKK

Lebih 180 pelatih meriahkan Karnival ‘Youth and Grassroot’ TBBKK

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Karnival ‘Youth and Grassroot’ anjuran Tunas Asas Bola Sepak Bandaraya Kota Kinabalu (TBBKK) merupakan satu usaha strategik bagi memberi pendedahan kepada pelatih untuk bertanding dan melibatkan diri dalam suatu kejohanan.

Program yang diadakan selama sehari itu turut disertai seramai 187 pelatih TBBKK melibatkan pelbagai peringkat umur dan berlangsung di Stadium Likas di sini baru-baru ini.

Pengarah TBBKK Mohamed Zaim Ansawi berkata, karnival itu juga merupakan satu platfrom bagi memupuk semangat berpasukan, kesungguhan dan kerja berpasukan selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

“Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa sukan merupakan satu elemen penting dalam kehidupan kita.

“Sukan secara lazimnya dikaitkan dengan kekuatan dan keupayaan fizikal seseorang individu menguasai kemahiran, strategi serta taktikal sesuatu acara atau aktiviti sukan.

“Saya percaya, dengan adanya program karnival ini kita dapat melihat kualiti bakat dan potensi para jurulatih dan para pelatih dalam permainan bola sepak yang menjadi ahli dalam persatuan TBBKK ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah Karnival ‘Youth and Grassroot’ di sini dan disempurnakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Shamsuddin Mohd Shah.

Zaim berkata, badan yang sihat mampu melahirkan minda cergas dan menerusi karnival itu ianya dapat memberi pembelajaran yang produktiviti selain mampu meningkatkan jati diri khususnya di kalangan para pelatih.

“Dari segi impak positif yang boleh diraih hasil anjuran karnival sebegini. Secara rasionalnya, ia adalah medium terbaik untuk menghimpunkan hadirin sekalian tanpa mengira status, fahaman, agama dan bangsa untuk saling mengenali dan berinteraksi dan mengeratkan silaturahim,” katanya.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah bawah enam hingga lapan tahun; bawah sembilan hingga 10; bawah 11 hingga 12 tahun dan bawah 13 hingga bawah 16 tahun. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular