HomeUtamaWarga emas lelaki cedera ringan, kenderaan rempuh klinik

Warga emas lelaki cedera ringan, kenderaan rempuh klinik

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Seorang warga emas lelaki mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki terbabas lalu merempuh sebuah klinik di Lorong KK Taipan 2, Inanam petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.26 petang tadi ( 2 Jul) mengenai kejadian kemalangan itu.

“Komander Operasi PBK II Mohd Faizal Alias dari Balai Bomba Lintas melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton X50 telah terbabas sendiri dan melanggar sebuah klinik di lokasi kejadian.

“Terdapat dua orang mangsa terlibat dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Seorang mangsa yang juga penumpang mengalami cedera ringan manakala seorang lagi pemandu kenderaan tersebut dilaporkan selamat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya mangsa yang cedera seorang warga emas lelaki berusia 84 tahun itu diberi rawatan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba di tempat kejadian dan seterusnya dihantar ke hospital oleh keluarga mangsa sendiri.

“Pasukan Bomba seterusnya membuat pemeriksaan di kawasan kemalangan untuk memastikan tiada lagi bahaya lain.

“Operasi ditamatkan pada jam 4.00 petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular