HomeUtama40 Pegawai Bomba Sabah tamat kursus elektrik dikelola SESB

40 Pegawai Bomba Sabah tamat kursus elektrik dikelola SESB

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Seramai 40 orang Pegawai Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daripada balai-balai, zon dan Ibupejabat Negeri Sabah telah berjaya menamatkan kursus elektrik selama sehari yang dikelolakan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) khusus untuk Pegawai Bomba JBPM Negeri Sabah.

Kursus ini bertujuan mendedahkan Pegawai Bomba secara keseluruhannya tentang aspek-aspek keselamatan berkaitan elektrik khusus semasa Menghadiri Insiden Operasi Kebombaan dan Penyelamatan.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran Pegawai JBPM dalam kursus tersebut.

Beliau berkata, program ini tidak berakhir setakat ini sahaja, kerana SESB melihat JBPM Negeri Sabah sebagai rakan strategik dan SESB akan terus berkolabrasi bersama JBPM serta berkongsi kepakaran dan maklumat bersama JBPM Negeri Sabah.

“Pelbagai platform di masa akan datang dan terus bersama memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat di negeri ini melalui rangkaian perkhidmatan agensi masing-masing,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam.

Turut hadir Pemangku Pengarah JBPM Sabah PPjB Ts Farhan Sufyan Borhan.

Farhan turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CEO SESB atas penganjuran kursus ini yang memberikan ‘Value Added’ (nilai tambahan) kepada JBPM dan SESB melalui ‘smart partnership’ (rakan strategik) yang sangat efektif dalam membantu JBPM Sabah khususnya semasa di lapangan.

“Saya berharap agar kerjasama ini sentiasa diperkasa demi kesejahteraan masyarakat di Negeri Sabah,” katanya.

Majlis Perasmian Penutupan Kursus diserikan dengan penyerahan sebanyak 82 unit Volt Detector untuk kegunaan JBPM yang disampaikan Oleh Mohd Yaakob melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SESB kepada JBPM Negeri Sabah yang diterima Oleh Farhan.

Menurut Farhan, penyambungan elektrik terutama penyambungan haram merupakan salah satu risiko yang boleh menyebabkan kemalangan sehingga boleh mengakibatkan kematian. Ianya umpama jerangkap samar.

“Mengambil contoh seperti yang berlaku pada 22 julai 2015 seorang Pegawai Bomba iaitu PB Apolos Jeremos yang terkorban akibat renjatan elektrik daripada penyambungan haram semasa operasi pemadaman kebakaran di Sandakan Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

17 buah sekolah terjejas banjir terima bantuan TPNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular