HomeUtamaECoS terus tekankan kepentingan keselamatan elektrik kalangan rakyat Sabah

ECoS terus tekankan kepentingan keselamatan elektrik kalangan rakyat Sabah

Read Time:58 Second

RANAU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) telah mengambil inisiatif untuk memberikan kesedaran berkaitan keselamatan elektrik dan penerangan mengenai standard prestasi perkhidmatan bekalan elektrik menerusi penganjuran seminar di Ranau, hari ini.

Seminar yang julung kali dilaksanakan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam.

Seramai 111 orang pemimpin komuniti daripada Kundasang, Karanaan dan Paginatan menghadiri seminar tersebut.

Ketua Pegawai Operasi ECoS Ridwan Saham berkata, seminar ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang keselamatan elektrik dalam kalangan pengguna yang secara langsung boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan elektrik di Negeri Sabah.

“Selain itu, ia juga untuk memastikan pengguna memahami tentang Guaranteed Service Level (GSL), iaitu tahap prestasi yang ditetapkan oleh ECoS bagi memastikan kualiti bekalan elektrik oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Minimum Service Level (MSL) yang merupakan tahap prestasi minimum yang ditetapkan bagi mengukur kecekapan SESB dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna.

”Seminar ini juga membuka ruang untuk soalan daripada orang ramai bagi mengatasi masalah elektrik yang dihadapi oleh penduduk kampung serta cadangan amalan terbaik untuk meningkatkan perkhidmatan utiliti oleh SESB.

“Inisiatif yang akan dijalankan di seluruh negeri adalah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan elektrik dan memperkenalkan peranan dan tanggungjawab ECoS kepada pengguna,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

17 buah sekolah terjejas banjir terima bantuan TPNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular