HomeUtamaPTPS bantu anak Sabah mohon bantuan pendidikan  dengan lebih mudah

PTPS bantu anak Sabah mohon bantuan pendidikan  dengan lebih mudah

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah  (PTPS) yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam diharap dapat membantu anak-anak negeri ini untuk memohon bantuan dan inisiatif pendidikan yang disediakan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS); Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dan beberapa bantuan serta inisiatif lain.

“Ketua Menteri telah melancarkan sebuah portal bantuan pendidikan yang mana ini merupakan salah satu inovasi dibawah urusetia Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah.

“Ruangan portal ini sangat baik dan bersepadu, jadi ia akan memudahkan permohonan anak-anak Sabah untuk memohon bantuan dan inisiatif pendidikan daripada BKNS, TPNS, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan beberapa bantuan lain,” katanya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran PTPS yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, permohonan bantuan juga boleh dilakukan menggunakan QR Code yang disediakan.

Katanya, ini juga merupakan satu inovasi dan usaha daripada Kerajaan Sabah melalui dokongan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) modal insan.

“Hari ini (semalam) juga portal yang melibatkan tujuh agensi tajaan pelajar dan graduan Sabah itu menerima RM 7.7 juta sumbangan daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). 

“Diharapkan pelancaran ini dapat membantu anak-anak kita yang memerlukan bantuan khususnya generasi pelajar agar mereka mudah untuk mengikuti dan melanjutkan pengajian,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

17 buah sekolah terjejas banjir terima bantuan TPNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular