HomeIsu tempatanRumah SMJ bantu rakyat dapat kediaman lebih selesa

Rumah SMJ bantu rakyat dapat kediaman lebih selesa

Read Time:1 Minute, 20 Second

Beaufort : Pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan Kerajaan Sabah merupakan satu usaha bagi membantu rakyat memperoleh kediaman yang lebih selesa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, pembinaan itu juga merupakan salah satu usaha Kerajaan bagi menoktahkan miskin tegar.

Katanya, sebanyak 60 buah rumah SMJ akan diserahkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) khususnya yang tersenarai dalam e-kasih atau miskin tegar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

“Pada lawatan kali ini, saya bersama pegawai daerah melihat 20 buah rumah yang bakal dibina iaitu bagi pakej 2023 dan apa yang kita lihat kerja-kerja sedang dilaksanakan untuk mendirikan rumah tersebut dan kita berkeyakinan kerja-kerja ini dapat disiapkan mengikut jadual.

“Untuk pakej 2024, pihak pejabat daerah sedang dalam proses tender untuk melantik kontraktor dan InsyaAllah selesai proses tender saya ingat pada Ogos ini akan bermula pembinaan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak-tapak pembinaan rumah SMJ sekitar DUN Lumadan.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, daripada jumlah yang akan diserahkan, 20 buah bagi pakej 2022 telah selesai dan diserahkan kepada penerima; pakej 2023 kini dalam pembinaan dan selebihnya masih dalam tender.

Katanya, kos pembinaan bagi sebuah rumah yang dibahagikan kepada dua kategori adalah sebagai RM58,000 bagi bertiang dan RM80,000 bagi tidak bertiang.

“Disebabkan kawasan DUN Lumadan ini sering mengalami masalah banjir, saya telah menyarankan supaya kalau di sini, kita wajibkan untuk dibina rumah bertiang walaupun mereka mahu yang tidak bertiang.

“Ini adalah bagi mengelakkan isu banjir yang akibatkan kemudian akan merugikan mereka. Jadi kita laksanakan bertiang sebagai pencegahan keselamatan dan kerugian,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Fun Fair’ diarah henti operasi, gagal pamer permit operasi yang sah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular