HomeUtamaSukarti kekal Pengerusi SPANS

Sukarti kekal Pengerusi SPANS

Read Time:41 Second

Kota Kinabalu: Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Mantan Pegawai Daerah, Datuk Stephen Laison Sondoh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, menggantikan Datuk Cladius Roman.

Daripada tujuh orang Ahli SPANS yang dilantik, dua adalah muka baharu iaitu Datuk Patrick Tan Su Teck dan Luvita Koisun.

Lima Ahli SPANS yang dilantik semula ialah Datuk Idrus Shafie, Datuk Janet Chee Ken Liam, Awang Jami @ Awang Shamsi, Ariffin Gadait dan Iman Bin Ali.

Mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman dan Setiausaha SPANS, Diana Daria Amit. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

17 buah sekolah terjejas banjir terima bantuan TPNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular