HomeUtamaGagasan Rakyat Kuamut sertai misi bantuan mangsa banjir

Gagasan Rakyat Kuamut sertai misi bantuan mangsa banjir

Read Time:59 Second

PENAMPANG: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kuamut menyertai misi bantuan kecemasan kepada mangsa banjir di kawasan yang teruk dilanda bencana itu di sekitar pantai barat.

Ketua bahagiannya, Datuk Masiung Banah berkata, pihaknya telah menubuhkan sekretariat bantuan kemanusiaan untuk menghantar misi bantuan kecemasan kepada mangsa yang terlibat banjir pada 1 hingga 2 Julai lalu.

Katanya, tiga sayap utama parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis telah digerakkan untuk menghantar bantuan kecemasan di kawasan yang terlibat banjir.

Petang kelmarin, sekretariat itu telah menghantar sumbangan pertama kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk di daerah Penampang.

Masiung menjelaskan, penghantaran bantuan barangan asas itu termasuk keperluan wanita dan bayi, makanan, minuman, pakaian dan peralatan mandi.

Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir Gagasan Rakyat Moyog yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya, Datuk Ceasar Mandela Malakun, merekodkan lebih 1000 mangsa banjir menerima bantuan kecemasan.

Naib Presiden Gagasan Rakyat Sabah itu berkata, sekretariat bantuan kecemasan Kuamut akan meneruskan misi kemanusiaan di kawasan terjejas banjir termasuk Tamparuli dan Kota Belud serta daerah lain yang terjejas banjir kilat.

Hujan lebat berterusan selama dua hari bermula 30 Jun lalu menyebabkan beberapa kawasan di pantai barat termasuk ibu negeri, Penampang, Kota Belud, Putatan dan Tamparuli digenangi air.

RELATED ARTICLES
Utama

UWSS di LRA Kasigui dijangka siap April 2025, bantu atasi masalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular