HomeUtamaJPJ keluarkan 7,988 saman sepanjang operasi khas HRAA

JPJ keluarkan 7,988 saman sepanjang operasi khas HRAA

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah berjaya mengeluarkan sebanyak 7,988 keping notis saman kepada 3,865 kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam operasi khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) yang dilaksanakan selama 20 hari berakhir 30 Jun lalu.

Pengarah JPJ Sabah Mohd Harris Ali berkata, notis saman yang dikeluarkan itu adalah melibatkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 serta Kaedah-Kaedah di bawah Pengangkutan Jalan.

Katanya, secara keseluruhan sebanyak 34,652 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang tempoh operasi itu diadakan.

“Sebanyak 156 buah kenderaan telah disita manakala kesalahan tertinggi yang dicatatkan sepanjang operasi itu adalah tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) iaitu sebanyak 2,579.

“Selain itu, kesalahan kedua tertinggi direkodkan adalah Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh dengan jumlah 1,668, diikuti dengan kesalahan tiada Insuran dengan jumlah 1,199,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Harris berkata, pihaknya turut mengeluarkan 120 notis saman atas pelbagai kesalahan menerusi pemeriksaan terhadap 2,439 kenderaan perkhidmatan awam (KPA).

Selain itu katanya, hasil penyamaran penumpang terhadap bas ekspres yang beroperasi sepanjang tempoh operasi turut berjaya mengeluarkan sebanyak lima notis saman.

“Ia melibatkan kesalahan memotong di garisan berkembar, menurunkan dan mengambil penumpang ditempat tidak dibenarkan dan tatakelakuan pemandu (merokok).

“JPJ Negeri Sabah akan meneruskan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan semua pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JPJ SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

UWSS di LRA Kasigui dijangka siap April 2025, bantu atasi masalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular