HomeUtamaKPKM peruntuk RM15.5 juta kepada Sabah bagi selenggara, naik taraf jalan pertanian

KPKM peruntuk RM15.5 juta kepada Sabah bagi selenggara, naik taraf jalan pertanian

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kuala Lumpur : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan sebanyak RM15.5 juta kepada Sabah bagi tujuan menyelenggara dan menaik taraf jalan pertanian.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia meliputi kawasan dalam jelapang dan luar jelapang.

“Pada tahun ini, KPKM telah memperuntukkan sejumlah RM20 juta untuk tujuan menaik taraf jalan pertanian di kawasan jelapang dan luar jelapang dan telah menerima peruntukan tambahan secara one-off dari Kementerian Kewangan berjumlah RM50 juta bagi tujuan menaik taraf jalan pertanian di kawasan pertanian.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM15.5 juta diperuntukkan untuk Sabah bagi tujuan menyelenggara dan menaik taraf jalan pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Madius Tangau pada persidangan Parlimen di sini hari ini.

Arthur berkata, kawasan dalam jelapang di Sabah adalah berada di Kota Belud dengan keluasan 8,500 hektar.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah, Parlimen Tuaran mempunyai jumlah jalan pertanian sepanjang 10.02 kilometer termasuk kawasan luar skim pengairan.                                                                                          

“Pada tahun ini, kerja menaik taraf jalan pertanian sepanjang
3.12 Kilometer telah dilaksanakan di Kampung Minangkob, Kiulu dan Kampung Ranau-Ranau Rugading, Kiulu dengan jumlah kos sebanyak RM334,000,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

15 daripada 58 klinik kesihatan daif di Sabah berjaya dinaik taraf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular