Kota Kinabalu : Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) menyerahkan sumbangan sebanyak 340 pek makanan bermasak termasuk bakul makanan kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semalam.
LKTNS dalam satu kenyataan memaklumkan, antara PPS terlibat adalah di PPS Dewan Kebudayaan Penampang dan PPS Dewan Sri Putatan.
“Semalam, LKTNS telah menyerahkan sumbangan berupa pek makanan bermasak dan bakul makanan kepada 340 mangsa terjejas di dua PPS iaitu di Penampang dan Putatan.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 160 pek diserahkan kepada mangsa di PPS Dewan Sri Putatan dan 180 pek lagi di Dewan Kebudayaan Penampang. LKTNS berharap dengan sumbangan ini akan dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi,” menurut kenyataan itu di sini.
Turut sama menyampaikan sumbangan itu adalah Pengurus Besar, Syaheddrul R Joddari bersama beberapa kakitangan Ibu Pejabat LKTNS.
Terdahulu, semua PPS yang dibuka di Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli ditutup sepenuhnya selepas semua mangsa dibenarkan pulang. – SABAH MEDIA / FOTO LKTNS