HomeUtamaSekolah terjejas banjir terima bantuan TPNS esok

Sekolah terjejas banjir terima bantuan TPNS esok

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu: Semua sekolah di beberapa kawasan yang terjejas banjir baru-baru ini akan menerima bantuan banjir menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) esok.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, antara kawasan terlibat termasuklah di Penampang; Sepanggar; Tuaran dan Membakut.

“Esok kita akan mengundang semua sekolah yang terlibat antara seperti di kawasan Penampang; Sepanggar; Tuaran termasuk Membakut pada minggu sebelum itu.

“Kita akan beri sumbangan dari TPNS seperti mana yang diarahkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.  Sumbangan itu adalah bagi meringankan beban yang dihadapi sekolah terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan Ziarah Kasih Mangsa Banjir di Kampung Rampayan selain turut melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Rampayan yang terjejas banjir di sini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pihaknya sebelum ini turut mengadakan lawatan ke beberapa sekolah terjejas termasuklah di Sekolah Menengah (SM) St Micheal dan SK Kibabaig Penampang yang terjejas teruk.

Pada lawatan itu, Arifin turut menyaksikan penyerahaan sumbangan kepada SK Rampayan sebanyak RM5,000 dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Selain itu, SK Rampayan turut menerima sumbangan sebanyak RM20,000 menerusi TPNS dan RM15,000 menerusi Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS).

Terdahulu, Arifin turut menyampaikan bantuan barangan makanana kepada 100 penduduk di kawasan berkenaan.

Selain itu, beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan kepada Masjid An- Nur Rampayan sebanyak RM10,000 dari Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) dan RM5,000 daripada MUIS bagi tujuan keperluan dan pembaikan masjid berkenaan.

Selain MUIS dan PBNS, turut menyerahkan sumbangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS); Universiti Malaysia Sabah (UMS); dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Fahami, jayakan Al Falah pemacu Malaysia Madani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular