HomeUtama12 Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah Terima Watikah Pelantikan

12 Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah Terima Watikah Pelantikan

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu:  Seramai 12 individu menerima watikah pelantikan sebagai Ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah bagi sesi 2024 hingga 2026 daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. 

Dalam jawatankuasa itu, terdapat tujuh muka baharu termasuk seorang wanita dan lima ahli dikekalkan dalam Majlis Fatwa Negeri Sabah yang diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Ariffin Mohd Arif berkata, ahli-ahli yang dilantik mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing seperti agama, syariah dan juga aqidah.

“Gabungan ahli lama dan baharu yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kepakaran akan dapat membantu mufti dalam memberikan panduan, hukum serta nasihat kepada Kerajaan Negeri Sabah terhadap sesuatu perkara.

“Pada masa ini, pihak jawatankuasa merancang untuk menghimpun, mendokumentasi serta menerbitkan fatwa yang sudah diirsyadkan sebagai rujukan dan tatapan meskipun masyarakat boleh merujuk di laman sesawang Pejabat Mufti bagi membuat semakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Ahadin Arinen; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Jumain Jikah @ Abdul Ghani serta Timbalan Mufti Negeri Sabah, Datuk Abdul Manap Lakariba.

RELATED ARTICLES
Utama

Fahami, jayakan Al Falah pemacu Malaysia Madani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular