HomeUtamaAib Presiden Basketball Sabah, pembantu perniagaan kuih pau didakwa

Aib Presiden Basketball Sabah, pembantu perniagaan kuih pau didakwa

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Seorang pembantu perniagan kuih pau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mengaibkan Presiden Persatuan Bola Keranjang Sabah di media sosial Facebook.

Lim Tzen Thau 31 tahun, yang membantu ibunya berniaga kuih pau, didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 15 Oktober 2023.

Sejurus membaca kenyataan yang mengaibkan di akaun media sosial Facebook milik tertuduh, Phan Chee Yong selaku Presiden Persatuan Bola Keranjang Sabah, membuat laporan polis pada 17 Oktober 2023 lalu bagi tindakan dan siasatan selanjutnya pihak polis.

Lim yang tidak diwakili peguam, dituduh di bawah Sek. 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang membawa hukuman denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Muhammad Azizi Hamil.

Hakim Mahkamah Sesyen, Noor Hafizah Mohd Salim mengenakan denda RM7,000 gagal bayar, dipenjara selama 60 hari kepada tertuduh.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular