HomeUtamaLebih 2,00 pek bantuan telah dihantar kepada mangsa terjejas banjir di Penampang

Lebih 2,00 pek bantuan telah dihantar kepada mangsa terjejas banjir di Penampang

Read Time:1 Minute, 19 Second

Penampang : Pusat pengumpulan bantuan banjir di daerah ini yang terletak di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) telah menghantar lebih 2,000 pek bantuan dalam pelbagai bentuk kepada mangsa yang terjejas baru-baru ini.

Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela berkata, inisiatif bagi membuka pusat pengumpulan bantuan banjir itu adalah atas nasihat dan arahan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, sejak pusat itu dibuka, pihaknya telah menerima banyak bantuan dari pelbagai pihak termasuk badan Kerajaan dan bukan Kerajaan di negeri ini.

Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela

“Setakat ini selama tiga hari beroperasi kita telah berjaya menghantar lebih 2,000 beg kepada mangsa-mangsa banjir di daerah ini dan bukan saja kepada mereka yang datang ke sini untuk mengambil barangan keperluan tetapi juga dengan bantuan rakan-rakan dan sukarelawan seluruh Sabah.

“Kita juga telah berjaya menghantar lebih 600 pek ke kampung-kampung yang terkesan banjir baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir ITCC Penampang di sini semalam.

Mandela berkata, lebih 4,000 rumah mangsa secara keseluruhan di daerah ini terjejas banjir dan amat memerlukan bantuan pelbagai pihak.

“Setakat ini daripada maklumat yang kami ada di peringkat akar umbi, selain 100 ketua isi rumah (KIR) yang pergi ke PPS itu kami menganggarkan ada lebih daripada 4,000 rumah yang terkesan oleh banjir baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mandela berkata, pusat pengumpulan bantuan itu tidak hanya terbuka kepada mangsa dari kawasan Penampang tetapi juga mangsa dari daerah lain yang terkesan turut dialu-alukan untuk datang dan mengambil barang diperlukan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Fahami, jayakan Al Falah pemacu Malaysia Madani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular