HomeUtamaPiala FA : Sabah FC fokus beri saingan, elak dibolosi gol awal

Piala FA : Sabah FC fokus beri saingan, elak dibolosi gol awal

Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu :  Sabah FC mengambil langkah lebih berhati-hati bagi mengelak dibolosi gol awal menjelang pertemuan suku akhir kedua saingan Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Likas malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, jika dibolosi awal sudah tentu anak -anak buahnya perlu berusaha berlipat kali ganda untuk memastikan mereka dapat memberikan saingan yang secukupnya.

Katanya, jika Sabah FC mampu untuk mendapatkan gol sudah tentu ini akan membantu meningkatkan  semangat juang mereka sekali gus memberikan tentangan hebat kepada Terengganu FC nanti.

“Boleh dikatakan satu laluan yang cukup mencabar, tetapi adalah tidak mustahil, apa yang penting kita tahu semua pemain ingin membuktikan kerana apa yang berlaku di Terengganu merupakan perkara yang amat sukar.

“Kita terima dan saya pasti semua pemain mempunyai semangat kental untuk bermain lebih baik di Likas sekali gus kekal mencuba untuk memastikan kita dapat mempengaruhi keputusan berpihak kepada Sabah FC,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mengulas mengenai peluang pada saingan kedua Piala FA ini Kim Swee berkata, Sabah FC memerlukan gol yang banyak pada pertemuan kedua ini bagi memastikan mereka dapat melangkah ke peringkat seterusnya.

“Namun apa yang penting di sini, Sabah FC perlu kekal dengan objektif di mana kita harus mencuba untuk mendapatkan gol-gol awal. Paling penting, kita kekalkan tahap saingan sehingga minit-minit terakhir pada perlawanan sabtu nanti.

“Ketika ini Cifu dan Gabriel masih lagi belum pulih sepenuhnya termasuk beberapa pemain lain, kita masih lagi mempunyai tempoh beberapa hari lagi sebelum memutuskan siapa bakal diturunkan. Sesiapa sahaja diturunkan, saya percaya mereka tahu apa yang mereka akan lakukan,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini tidak banyak perubahan posisi dilakukan pada pertemuan menentang Terengganu FC sabtu ini tetapi apa yang pasti para pemainnya akan tampil dengan pendekatan approach berlainan memandangkan beraksi pada peringkat Piala FA.

“Namun sesiapa sahaja bakal diturunkan sabtu ini mereka perlu menunjukkan komitmen serta semangat juang yang tinggi apa lagi apabila beraksi di hadapan penonton di Stadium Likas.

“Kita pastikan Sabah FC harus mendapatkan keputusan yang positif sabtu ini sekali gus mengharapkan agar semua pemain dapat memberikan kerjasama baik dalam perlawanan ini nanti,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Utama

Op PASIR lindungi kepentingan negara dari sebarang ancaman anasir luar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular