HomeUtamaKerajaan titikberatkan pengurusan kewangan cekap, telus dalam agensi Islam

Kerajaan titikberatkan pengurusan kewangan cekap, telus dalam agensi Islam

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan amat menitikberatkan mengenai pengurusan kewangan yang cekap dan telus terhadap agensi-agensi Islam di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) yang merupakan antara agensi yang mengurus dana berkaitan undang-undang Islam.

Katanya, perkara ini menjadi asas penting bagi memastikan semua terimaan diagihkan menepati dengan kehendak syara’ dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

“Perancangan tatakelola (governans) yang konkrit dapat menatijahkan ketelusan, akauntabiliti, keterangkuman dan keberkesanan; yang ke semua ini menyumbang kepada wujudnya satu pentadbiran yang madani, demokratik dan mampu berfungsi dengan baik.

“Tatakelola yang baik bukanlah terhasil dengan sendiri atau secara kebetulan, tetapi ianya adalah perancangan dan hasil daripada usaha yang bersungguh-sungguh dalam merealisasikan perancangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Ahli Lembaga Pengarah dan Penyerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan berakhir 31 Disember 2022 PBNS di sini semalam.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam; Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Seri Yahya Hussin; Pengerusi PBNS Datuk Omar Raisul As Salam Syah Sulaiman Omar; Ketua Pegawai Eksekutif PBNS Ismail Mohd Adnan dan Timbalan Pengarah Audit Negeri Sabah Halimuddin Chongge.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, PBNS hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan dalam melaksanakan fungsi dan peranannya.

Katanya, PBNS juga perlu mengenalpasti faktor atau elemen yang tidak mendorong kepada kecekapan dan keberkesanan khususnya berhubung dengan perakaunan seterusnya mengambil berat terhadap pendapat dan nasihat audit negara.

“Di samping itu, PBNS perlu menerokai peluang yang boleh dijalinkan bersama-sama dengan agensi lain sama ada persekutuan, negeri dan juga sektor korporat dalam melaksanakan perkhidmatannya di Negeri Sabah.

“Selain itu, PBNS hendaklah meningkatkan mutu perkhidmatannya dalam mentadbir dana awam yang diterima dengan meningkatkan lagi usaha dan langkah meningkatkan kutipan dan mengembangkan struktur agihan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular