HomeUtamaDBKK tingkatkan pemeriksaan & pemantauan premis makanan

DBKK tingkatkan pemeriksaan & pemantauan premis makanan

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Sejumlah 245 kompaun di bawah Undang-undang Kecil (Makanan dan Premis Makanan) 1966 dan Undang-Undang Kecil (Anti-Sampah Sarap) 1984 telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi tempoh Januari hingga Jun 2024.

Kompaun tersebut dikenakan kepada pengusaha premis makanan yang gagal mematuhi syarat lesen dan gagal memastikan premis mereka berada dalam keadaan bersih dan teratur.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Robert Lipon berkata dalam tempoh yang sama, DBKK melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) juga telah membuat pemeriksaan dan penggredan ke atas 1,133 premis makanan, yang mana sebanyak 326 premis telah mendapat gred A, 798 premis mendapat gred B dan sembilan premis mendapat gred C.

Katanya, tandas-tandas di premis makanan turut diperiksa dan diberikan penarafan bintang sepanjang Januari hingga Jun 2024, iaitu 323 buah tandas premis makanan dianugerahkan 3 Bintang ke atasdan 392 buah tandas mendapat 2 Bintang ke bawah.

“Menerusi pemeriksaan ini, pengusaha premis telah diarahkan untuk membuat penambahbaikkan dan memastikan tandas di premis mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berfungsi dengan baik.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati sejumlah 280 premis makanan telah menjalankan kawalanmakhluk perosak (‘pest control’) di premis mereka.

“Mana-mana premis makanan yang belum berbuat demikian, hendaklah melaksanakan kawalan makhluk perosak dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Robert berkata, pihak DBKK mengucapkan tahniah kepada premis makanan yang berjaya mencapai gred dan penarafan bintang yang cemerlang.

“Semua pengusaha premis makanan dinasihati untuk mematuhi peraturan sedia ada demi menjamin kebersihan dan keselamatan kualiti makanan yang dijual,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular