HomeUtama271 mangsa kebakaran, banjir berlindung di 2 PPS

271 mangsa kebakaran, banjir berlindung di 2 PPS

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Seramai 271 mangsa kebakaran dan banjir di dua buah daerah di Sabah berlindung di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, antara daerah terlibat adalah di Kota Belud dan Beaufort.

“Daripada jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS, 234 orang adalah merupakan mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Kuala Abai Kota Belud pada Selasa lalu dan kini berlindung di PPS Dewan Kampung Kuala Abai.

“Manakala selebihnya iaitu seramai 37 orang mangsa adalah melibatkan mangsa banjir yang berlaku di Kampung Suasa sejak kelmarin dan kini ditempatkan di PPS Dewan Kampung Suasa,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Semalam, Pegawai Daerah Beaufort yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPDB) Mohd Nazri Ajun dalam kenyataan berkata, hasil pemantauan dan penilaian oleh agensi keselamatan di bawah JPBD, terdapat keperluan untuk pemindahan mangsa banjir dari Kampung Suasa.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan pembukaan PPS di  Dewan Kampung Suasa, Beaufort pada jam 8 malam (semalam). Mohon semua agensi yang terlibat bersiap sedia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Laporan Sekretariat JPBN Sabah menunjukkan trend banjir di Sabah menunjukkan kekal. – SABAH MEDIA / FOTO APM

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular