HomeUtamaJIM wujudkan Pejabat Pasport pertama beroperasi dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

JIM wujudkan Pejabat Pasport pertama beroperasi dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Read Time:2 Minute, 11 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah telah mewujudkan sebuah pejabat pengeluar pasport buat pertama kalinya di negara ini yang menjalankan operasinya dalam bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini, hari ini.

Acara perasmian disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruj Ubi dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Ruslin Jusoh.

Saifuddin berkata, Pejabat Pasport JIM itu adalah yang pertama di Malaysia diwujudkan di dalam bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa, iaitu di Kota Kinabalu, Sabah.

“Kita tahu lapangan terbang ini dikendali oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) dan mereka memberi ruang ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ini memang strategik, terutama sekarang Kota Kinabalu menerima ketibaan pesawat-pesawat antarabangsa yang semakin meningkat.

“Maknanya lapangan terbang ini menjadi tumpuan. Jadi kita percaya apabila kita buat keputusan untuk menempatkan pejabat pengeluar pasport ini, keutamaan kita adalah satu, keputusan yang kita buat ianya bersifat people-centered. Keutamaan kita adalah perkhidmatan kepada rakyat.

“Jadi saya percaya ini keputusan yang betul, yang tepat memilih Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ini sebagai lokasi pertama pejabat pengeluar pasport ditempatkan dalam bangunannya.

“Buat masa ini kita buat operasi di sini dan kita tengok dia punya progres,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin, Pejabat Pasport tersebut yang baharu beroperasi sejak dua minggu lalu merupakan pejabat penggeluar pasport yang ke-72 di seluruh negara.

“Tahun lepas kita luncurkan satu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tapi itu di luar premisnya. Berdekatan kompleks KLIA,” jelasnya.

Katanya, Pejabat Pasport LTAKK ini merupakan yang ke-7 diwujudkan Sabah selain di Ibu Pejabat Imigresen Kota Kinabalu, ada juga di pejabat UTC Kota Kinabalu, UTC Tawau, UTC Keningau, Pejabat Imigresen Sandakan dan Pejabat Imigresen Lahad Datu.

“Bila kita wujudkan satu lagi pejabat di sini. Tentunya ia memberi manfaat kepada komuniti berhampiran meliputi daerah Papar, Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu,” katanya.

Saifuddin (kiri) menyerahkan pasport antarabangsa yang telah siap diperbaharui kepada salah seorang pelanggan selepas merasmikan pembukaan Pejabat Pasport di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Jumaat. (12 Jul). Sitti Avida Ruhil, 40, merupakan pelanggan ke-69 menerima manfaat perkhidmatan sejak pejabat pasport tersebut dibuka dua minggu lalu.

Masa operasi pejabat pasport tersebut dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu permohonan pasport baharu dan pembaharuan sahaja.

“Buat masa sekarang, kita tumpukan kepada permohonan pasport baharu dan juga pembaharuan.

“Tadi saya tanya dengan beberapa pelanggan awal, mereka puas hati kerana mengambil masa satu jam sahaja. Dan itu tentu saja memberikan kelegaan kepada pelanggan kita iaitu rakyat negara kita yang berurusan,” kata Saifuddin.

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular