HomeSukanSaddil, Darren tidak beraksi menentang JDT esok

Saddil, Darren tidak beraksi menentang JDT esok

Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC bakal berdepan cabaran apabila dua tonggak utamanya Saddil Ramdani dan Darren Lok dijangka tidak akan diturunkan menjelang aksi pertemuan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, kedua-dua pemain itu masih mengalami kecederaan namun beberapa pemain lain bersedia mengambil alih posisi mereka.

Katanya, apa yang penting mereka perlu mengambil peluang ini sebaik mungkin termasuk memberi komitmen tinggi selain menimba pengalaman serta bersiap sedia daripada segi mental dan fizikal bermain dengan pasukan ternama di liga super.

“Ini perlawanan yang sangat berbeza, sudah tentu melibatkan kedudukan liga di mana kita tahu perlawanan sabtu ini sangat penting dan lebih-lebih lagi bermain dengan pasukan JDT.

“Bukan satu perkara yang mudah, tetapi kita harus memberikan saingan hebat serta memastikan Sabah FC dapat beraksi dengan lebih baik terutama selepas tewas dua perlawanan dengan Terengganu baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas mengenai beberapa isu melibatkan Sabah FC yang tular di media sosial baru-baru ini Kim Swee berkata, semua isu tersebut sudahpun diselesaikan dan berharap, semua pemain memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan penting esok.

“Kita yakin isu-isu luar ini tidak akan mengganggu tumpuan dan fokus pemain, mereka perlu meningkatkan prestasi selepas gagal memperoleh kemenangan daripada dua perlawanan yang lepas.

“Kita tidak bermain dengan begitu baik dan mereka harus melupakan kekalahan tersebut dengan menumpukan pada perlawanan esok agar mereka dapat bermain serta mengembalikan prestasi sebenar selepas tewas kepada Terengganu” katanya,

Menurutnya, kehadiran penyokong yang ramai memainkan peranan penting untuk meningkatkan semangat pemain selepas tewas kepada Terengganu pada jumlah jaringan yang cukup besar.

“Saya tahu ramai pihak yang kecewa, namun kita harus teruskan di mana ini penting untuk mendapatkan sokongan berterusan terutama daripada para penyokong yang sememangnya akan memberi impak yang sangat berlainan,” kata Kim Swee.

Beliau menambah, dengan adanya kehadiran penyokong yang ramai di Stadium Likas sudah pasti semangat pemain akan meningkatkan sekali gus memberi motivasi yang cukup positif sebelum Sabah FC turun bermain dengan pasukan JDT nanti. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular