HomeUtamaSMART SBB Ala Sekinchan diperluas ke Kota Belud

SMART SBB Ala Sekinchan diperluas ke Kota Belud

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu :  Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan kini diperluas ke Kampung Kesapang Tengah, Kota Belud melibatkan seramai 181 petani tempatan. 

Pengerusi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pelaksanaan program jelapang padi Sabah di kawasan seluas 187,000 hektar itu mampu meningkatkan pengeluaran sehingga 4.2 tan per hektar berbanding kira-kira 2.6 tan pengeluaran padi sebelum ini.

 “SMART SBB Ala Sekinchan adalah model baharu dengan menerapkan amalan pertanian berhasil tinggi yang bermatlamat meningkatkan pendapatan pesawah dengan mengaplikasikan amalan penanaman padi terbaik dan mengeluarkan padi lebih bersasar menerusi pembangunan kawasan secara berkelompok.

“Projek perintis SMART SBB – Kawasan Pertanian Pembangunan Bersepadu (IADA) Kota Belud bermula di Kampung Jawi-Jawi melibatkan 14 pesawah dan kawasan tanah terbiar seluas 40 hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di sini.

Rohani berkata, BERNAS bertindak sebagai pengurus projek, penyedia perkhidmatan dan penyeliaan penggunaan baja serta racun mengikut pertanian kontrak bersama pesawah terlibat.

Katanya,  SMART SBB Ala Sekinchan BERNAS – IADA Kota Belud akan dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Muhamad Sabu esok bersempena dengan Program Gelombang Padi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BERNAS, Zulkiflee Abdul Rahman dan Ketua Bahagian Aktiviti Huluan dan Konsesi BERNAS, Abdul Rahman Mohd Nasri.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular