HomeIsu tempatanYNJ santuni 126 murid, 18 guru SK Magandai

YNJ santuni 126 murid, 18 guru SK Magandai

Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Marudu : Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada seramai 126 orang murid dan 18 guru di Sekolah Kebangsaan (S.K.) Magandai di sini semalam.

Sumbangan berkenaan disampaikan Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni sempena Majlis Perasmian Pusat Sumber Yayasan Nur Jauhar S.K. Magandai

Toh Puan Norlidah bergambar kenangan bersama warga SK Magandai

Guru Besar SK Magandai, Jairun Maiba berkata, sumbangan yang diberikan kepada murid dan guru merupakan penghargaan yang besar kepada warga sekolah berkenaan.

“Kami sangat berterima kasih dan rasa dihargai walaupun sekolah ini agak jauh terletak di pedalaman. Saya harap sumbangan ini akan dapat memberi manfaat kepada murid dalam kemenjadian mereka terutamanya bidang akademik.

Toh Puan Norlidah (belakang, tengah) bergambar bersama murid-murid perempuan yang menerima sumbangan.

“Kami juga berharap jika ada program seperti ini pada masa akan datang, kami sangat mengalu-alukan kerana dapat membantu kami untuk mengurus sekolah ini dengan sebaik mungkin. Pada hari ini juga, Toh Puan Norlidah turut merasmikan pusat sumber sekolah yang sudah dinaik taraf hasil daripada sumbangan dana daripada YNJ bersama dengan Konsul China.

“Sumbangan RM10,000 diterima pada April lalu dan 70 peratus daripadanya digunakan untuk menambah bahan bacaan manakala 30 peratus lagi untuk pengubahsuaian bilik supaya sesuai sebagai pusat sumber,” katanya selepas majlis berkenaan.

Kenderaan pacuan empat roda yang digunakan oleh rombongan YNJ untuk ke SK Magandai.

Jairun turut berharap dengan adanya kemudahan yang ditambah baik itu, murid SK Magandai dapat mengakses pembelajaran secara lebih baik pada masa akan datang.

Sementara itu, seorang penerima sumbangan, Christine Jessica Ammeka Octavia Jupilis berkata, sumbangan yang diberikan akan diguna untuk membeli keperluan sukan.

“Sumbangan ini saya akan guna untuk beli kasut sebab saya dipilih menjadi wakil ke Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Pantai Barat Utara (PBU) dalam acara bola baling dan latihan pusat akan mula minggu depan.

“Saya juga akan guna untuk keperluan sekolah macam baju sekolah dan alat tulis,” katanya yang merupakan pelajar perintis tingkatan satu sekolah berkenaan.

Turut hadir, Pegawai Daerah, Meirin Sugara dan Penolong Setiausaha YNJ, Datin Al Hannah Suraya Tun Juhar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular