HomeIsu tempatan103 keluarga terjejas banjir di Sipitang terima sumbangan CSR QSB

103 keluarga terjejas banjir di Sipitang terima sumbangan CSR QSB

Read Time:1 Minute, 9 Second

Sipitang: Seramai 103 keluarga yang terjejas banjir di daerah ini menerima sumbangan berupa tilam dan bantal daripada Qhazanah Sabah Berhad (QSB).

Pengerusi QSB yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob menyampaikan sumbangan tersebut kepada sebahagian penerima di Kampung Bahagia, semalam.

Beliau juga menyampaikan bakul makanan yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Berucap pada majlis itu, Dr Yusof berkata, sumbangan yang disalurkan QSB itu merupakan satu tanggungjawab sosial korporat pihaknya sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri kepada masyarakat.

Katanya, sumbangan tersebut diharap dapat meringan beban keluarga yang terjejas banjir baru-baru ini.

Penerima sumbangan tersebut selain di Kampung Bahagia antaranya di Kampung Skim Sindumin dan Kampung Luagan.

Pada majlis sama, Dr Yusof turut mengumumkan pelaksanaan naik taraf Jalan Gravel ke Jalan Konkrit Kampung Bahagia sejauh 835 meter dengan lebar jalan konkrit 3.5 meter.

Kerja naik taraf ini selama tujuh minggu bermula bulan ini dan dijangka siap pada 29 Ogos ini.

Dr Yusof meninjau jalan di Kampung Bahagia

Terdahulu di Kampung Kawang Lama dalam satu majlis, beliau turut mengumumkan pelaksanaan naik taraf Jalan Gravel ke Jalan Konkrit sejauh 530 meter di kampung itu.

Dr Yusof berkata, naik taraf ke Jalan Konkrit untuk keselesaan penduduk di kampung tersebut disebabkan jalan konkrit ini mampu digunakan lama dari kerosakan.

Pada masa sama, beliau mahu kontraktor yang dilantik supaya dapat menyiapkan mengikut jadual dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular