HomeUtamaDBKK mahu syarikat konsesi kaji semula kekerapan penyelenggaran landskap

DBKK mahu syarikat konsesi kaji semula kekerapan penyelenggaran landskap

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mahu syarikat konsesi yang dilantik untuk terus memainkan peranan dengan lebih efektif dan mengkaji semula kadar kekerapan penyelenggaraan yang dijadualkan.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, ia termasuklah membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pemotongan rumput di atas bahu jalan serta jalan utama dan jalan protokol sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Menurut DBKK, kekemasan landskap di Bandaraya Kota Kinabalu merupakan salah satu elemen yang diberi keutamaan tertinggi oleh pasukan DBKK.

“Ia termasuk merencanakan pelan tindakan penyelenggaraan, pemeriksaan, pemangkasan pokok dan pemotongan rumput secara teratur bagi mencapai tahap yang memuaskan kepada penduduk bandar raya, juga kepada pelancong dalam dan luar negeri.

“Hal ini termasuk memastikan keadaan rumput di atas bahu jalan dan jalan raya utama/jalan protokol sentiasa kelihatan kemas dan tidak semak, sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Sementara itu, DBKK berkata, Pasukan Jabatan Landskap, DBKK baru-baru ini telah membuat pemeriksaan dan pemantauan keadaan rumput di jalan raya utama dan jalan protokol sekitar Kota Kinabalu.

Menurutnya, hasil tinjauan mendapati terdapat beberapa kawasan yang berumput panjang dan perlu diselenggara serta-merta oleh Syarikat Konsesi yang dilantik.

“Jadual penyelenggaraan yang kerap akan mampu mengelak rumput tumbuh terlalu panjang dan semak sehingga membentang imej Kota Kinabalu  yang kurang menarik dan memberi ketidakselesaan kepada warga bandar raya.

“Peragaan landskap bandar raya yang cantik, indah dan kemas adalah elemen yang semestinya menyuntik nilai tambah tarikan Kota Kinabalu sebagai Bandaraya Peranginan Semulajadi.

“Dengan itu, kesepakatan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan wajar diusahakan bersama, demi kepentingan warga bandar raya,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Polis Keningau buru suspek terlibat kes bunuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular