HomeSukanKejohanan sukan sekolah bantu tingkat potensi, minat murid

Kejohanan sukan sekolah bantu tingkat potensi, minat murid

Read Time:1 Minute, 4 Second

Tuaran : Penganjuran kejohanan sukan diperingkat sekolah mampu membantu mengembangkan potensi dan minat murid ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmoni.

Focal Person Kebangsaan Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, bidang sukan juga merupakan antara platform terbaik bagi melahirkan murid yang cergas dari segi fizikal dan mental.

“Kejohanan ini tidak semata-mata untuk menentukan juara atau pemenang bagi setiap perlawanan, namun melalui kejohanan ini ia memberi pendidikan bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan dan pengorbanan.

“Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan perjuangan yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Malawa ke-28 di Komples Sukan Tuaran di sini hari ini.

Arif berkata, melalui program itu juga pihaknya percaya bakat murid akan dapat dikenal pasti dan memberi peluang untuk terus mengembangkan bakat ke tahap lebih optimum.

Selain itu katanya, kejohanan itu juga adalah landasan terbaik ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama tinggi.

“Matlamat akhir nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotic dan saling berkasih saying,” katanya.

Terdahulu, kejohanan itu adalah bagi mengukuhkan lagi perhubungan dan pergaulan dalam kalangan semua murid untuk gerak kerja yang diceburi.

Selain itu, kejohanan itu juga mampu melahirkan murid yang aktif dan berpotensi dalam bidang ko kurikulum. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular