HomeSukanTemasya sukan sekolah wadah pupuk budaya bersukan

Temasya sukan sekolah wadah pupuk budaya bersukan

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran temasya sukan khususnya diperingkat sekolah dilihat merupakan satu wadah bagi memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid-murid.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, pendedahan kepada murid sekolah terhadap bidang sukan perlu dilaksanakan secara sistematik agar impaknya nanti dapat dikecapi.

Katanya, ia seterusnya dapat melahirkan para atlet yang hebat suatu hari nanti.

“Analoginya, anak-anak yang ada pada hari ini merupakan permata yang perlu digilap sehingga menyinari persada sukan negeri sehingga ke peringkat dunia.

“Negara kita hari ini, ketandusan atlet yang mampu membawa nama negara ke pelosok dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Temasya Sukan Sekolah Kali Ke-21 Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara Kota Kinabalu di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.

Arif berkata, penganjuran temasya sukan juga merupakan wahana dalam mencari dan menggilap bakat para atlet di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan guru- guru dan murid- murid.

“Saya percaya temasya ini mampu melahirkan bakat- bakat dan potensi tinggi dalam bidang sukan suatu hari nanti.

“Malah kegiatan sukan ini sewajarnya menjadi budaya rakyat Malaysia ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan,” katanya.

Dalam pada itu, Arif berkata, temasya sukan itu juga dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan diri selain dapat membentuk modal insan yang berkualiti.

“Di samping itu, temasya ini juga dapat mempamerkan semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi dalam kalangan atlet dan guru-guru. Percayalah, anak-anak yang berada di hadapan saya ini mempunyai potensi yang tersendiri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular