HomeIsu tempatanUMS anjur SFMIC pertama 2024

UMS anjur SFMIC pertama 2024

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu :Jabatan Radiologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Jabatan Radiologi Hospital Queen Elizabeth telah menganjurkan ‘Sabah 1st Musculoskeletal Imaging Conference’ (SFMIC) 2024, baru-baru ini.

SFMIC 2024 merupakan program pertama seumpamanya diadakan di Borneo yang telah disertai oleh 150 peserta tempatan dan antarabangsa.

Pengerusi penganjur SFMIC 2024, Dr. Sumithra Sannasey yang juga merupakan Ketua Jabatan Radiologi Hospital Queen Elizabeth berkata, program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai Musculoskeletal Imaging di samping meningkatkan kemahiran ultrasonografi dalam bidang tersebut.

“Program ini bukan hanya disasarkan kepada golongan ahli radiologi sahaja malah ia merupakan salah satu platform yang terbaik bagi para peserta dari silang bidang untuk saling berkongsi pengetahuan, pengalaman dan inovasi terkini dalam bidang pengimejan radiologi.”

“Musculoskeletal Imaging adalah satu subkepakaran dalam bidang Perubatan Diagnostik Radiologi yang memainkan peranan penting dalam mendiagnosis kecederaan dan penyakit yang melibatkan sendi, tisu, otot, dan tulang.

“Di samping itu, subkepakaran ini dapat membantu pasukan dari jabatan lain, khususnya Ortopedik, Reumatologi, Rehabilitasis, Perubatan Sukan dan lain-lain dalam rawatan dan pemulihan pesakit mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan SFMIC 2024 bertempat di Hotel Le Meridien, di sini.

Tambah Sumithra, SFMIC 2024 juga merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan dalam pembelajaran dan ekspolari kolaboratif.

“Dengan adanya program seumpama ini, peserta berpeluang untuk meningkatkan kecekapan diagnostik, kemahiran komunikasi serta menyumbang secara signifikan kepada perkembangan bidang radiologi, khususnya dalam Pengimejan Muskuloskeletal,” ujarnya.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari program tersebut adalah sesi ceramah dan perbincangan panel yang menampilkan pakar-pakar terkemuka dalam bidang Ortopedik dan Musculoskeletal Radiology, sesi “Live Ultrasound Demonstration in Musculoskeletal Imaging” dan sesi praktikal (Hands-on ultrasound).

Sementara itu, Pensyarah Kanan di Jabatan Radiologi FPSK UMS, Dr. Cindy Chin Yeen Ling yang juga merangkap Timbalan Pengerusi penganjur SFMIC 2024 berharap agar program tersebut dapat menjadi pencetus kepada lebih banyak program seumpamanya di masa hadapan, sekali gus memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia, khususnya Sabah, dalam bidang “Musculoskeletal Imaging” di peringkat global.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular