Read Time:26 Second
Putrajaya: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di sini.
Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin itu antara lain membincangkan isu dan perkembangan semasa yang berlaku di Sabah.
Pertemuan itu diadakan sejurus selepas selesai Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Pejabat Perdana Menteri.
Dalam pertemuan itu, Hajiji turut menyampaikan jemputan kepada Perdana Menteri untuk merasmikan pembukaan Persidangan Ekonomi Biru Sabah (SIBEC 2024) yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada September depan. – SABAH MEDIA.