HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan vesel nelayan, gagal lapor pertukaran nakhoda

Maritim Malaysia tahan vesel nelayan, gagal lapor pertukaran nakhoda

Read Time:1 Minute, 26 Second

Lahad Datu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah vesel nelayan tempatan (pukat tunda) sekitar 5.55 petang semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Maritim Mohd Firdos Ayob berkata, operasi yang dijalankan pihaknya telah mengesan sebuah bot nelayan sedang menjalankan aktiviti menarik pukat pada jarak lebih kurang 4.95 batu nautika utara Pulau Tabawan.

Katanya, pemeriksaan mendapati bot tersebut mempunyai nombor pendaftaran yang sah, namun telah melakukan kesalahan Akta Perikanan 1985 iaitu lesen perikanan tamat tempoh.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut telah melanggar syarat lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlabuhan dan Dermaga Sabah kerana gagal melaporkan pertukaran nakhoda.

“Juragan dan kru bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah peraturan Enakmen Pelabuan dan Dermaga Sabah 2002 iaitu gagal melaporkan pertukaran nakhoda,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Firdos berkata, suspek terbabit merupakan lima lelaki terdiri daripada dua warganegara Malaysia dan tiga warganegara Indonesia berusia antara 19 hingga 51 tahun berada di atas bot tersebut ketika ditahan.

Katanya, antara kesalahan-kesalahan yang direkodkan adalah alat pemadam api tamat tempoh, tidak mempunyai jaket keselamatan, gagal melaporkan pertukaran nakhoda dan kesalahan kecil yang telah ditetapkan dalam Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Tambahnya lagi,  jika didapati bersalah, pemilik bot akan dikenakan oleh JPDS kompaun mengikut kesalahan yang dilakukan.

“Kesemua kru, bot serta muatan hasil laut ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Lahad Datu untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

“Orang ramai turut diminta membantu pihak Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu di talian 089-885727 atau talian kecemasan NG999 untuk maklum balas segera,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular