HomeUtamaOp PTI Bersepadu Mega: 80 rumah setinggan dirobohkan

Op PTI Bersepadu Mega: 80 rumah setinggan dirobohkan

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 80 buah rumah setinggan telah dirobohkan dalam satu operasi Op PTI Bersepadu Mega di Likas pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, operasi tersebut dilaksanakan pada 15 Julai lalu bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang bertempat di sebuah penempatan dalam sekitar daerah Kota Kinabalu.

“Operasi yang memakan masa selama 5 jam ini adalah dengan bantuan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Ketua Menteri (JKM), Sabah Eletricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah Dan Ukur dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Dalam operasi ini, sejumlah 80 buah rumah setinggan telah dirobohkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam operasi ini juga, pihak Polis Kota Kinabalu telah berjaya menangkap tiga orang perempuan dewasa warga Filipina.

“Tangkapan pendatang tanpa izin (PTI) akan disiasat di bawah seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi ini akan berterusan pada masa akan datang, dalam usaha membenteras jenayah, PTI, dadah dan gejala sosial di daerah Kota Kinabalu,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular