HomeUtamaUsahawan di Sabah diminta rebut peluang terapkan teknologi dalam perniagaan

Usahawan di Sabah diminta rebut peluang terapkan teknologi dalam perniagaan

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu: Semua usahawan mikro di negeri ini diminta untuk terus mengambil peluang yang ada bagi menerapkan teknologi terkini khususnya dalam perniagaan masing-masing.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, adaptasi teknologi bukan sahaja akan memberi kelebihan dalam pengurusan harian, tetapi membuka peluang untuk meneroka pasaran baru.

Katanya, ia juga dapat memperluaskan jaringan pelanggan, dan meningkatkan daya saing perniagaan.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan sokongan kepada perusahaan mikro. Ia termasuklah mengadakan program latihan, bantuan kewangan, dan pendigitalan.

“Ini bagi memastikan setiap perusahaan mikro mengambil langkah ke arah transformasi digital yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Klik-Klik Senang Akaun dan Program Tembus Pasaran Digital di sini hari ini.

Arifin berkata, pihaknya percaya menerusi kolaborasi dengan pelbagai pihak ianya akan dapat membantu perusahaan mikro membina ekosistem perniagaan yang dinamik dan berdaya saing khususnya di Sabah.

Justeru beliau mahu semua usahawan dapat terus memacu inovasi, berani berubah, dan menjadi peneraju dalam industri yang diceburi.

“Saya berharap agar program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua peserta, dan akan mencipta kejayaan dalam perniagaan yang diceburi” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, peranan teknologi dalam memacu pertumbuhan perniagaan tidak dapat dipandang remeh.

Katanya, ia bukan lagi sekadar satu kemestian tetapi merupakan suatu keperluan yang kritikal untuk memastikan keberkesanan dan keberlanjutan perniagaan para usahawan.

Sementara itu, Arifin ketika ditemui berkata, pihaknya merakamkan penghargaan bagi pihak Kerajaan negeri atas usaha SME Corp yang telah memberi fokus kepada usaha untuk membimbing usahawan di negeri ini.

“Selama ini pun mereka juga telah membimbing kita di seluruh negara dan Sabah bertuah pada hari ini. Sebahagian daripada usahawan di kawasan berdekatan daerah di Tuaran , Membakut, juga termasuk Beaufort datang untuk mendapat bimbingan yang sangat baik untuk akaun mereka,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular