HomeIsu tempatanLebih 100 peserta sertai Program Road Tour e-Lesen RMP

Lebih 100 peserta sertai Program Road Tour e-Lesen RMP

Read Time:1 Minute, 24 Second

Sandakan : Lebih 100 peserta telah menyertai Program Road Tour e-Lesen RMP kali kedua pada tahun ini yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian Sandakan, di sini baru-baru ini.

Peserta yang menyertai adalah terdiri dari kalangan pelesen-pelesen Racun Makhluk Perosak (RMP), syarikat-syarikat Pengendali Racun Makhluk Perosak (PCO), pengurus dan penyelia ladang, koperasi, pegawai-pegawai kerajaan dan agen-agen (syarikat) penghantaran.

Sistem Pelesenan Racun Makhluk Perosak Lembaga Racun Makhluk Perosak (e-Lesen LRMP) merupakan satu platform yang dibangunkan oleh Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja, Jabatan Pertanian Malaysia.

Ia bagi memproses permohonan, pembayaran dan pengeluaran lesen di bawah Akta Racun Makhluk Perosak (ARMP) 1974 sepenuhnya secara dalam talian.

Bermula 7 Julai tahun lalu, Pembangunan Sistem e-Lesen LRMP bagi mendigitalkan keseluruhan proses permohonan lesen/permit telah digunakan sepenuhnya oleh semua pengguna berdaftar e-Lesen LRMP.

Sepanjang program itu telah diadakan ceramah dan latihan secara ‘hands-on’ pengendalian e-Lesen LRMP dan memberikan penekanan lain mengenai pelesenan dan penguatkuasaan Akta Racun Makluk Perosak 1974 dan Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja (BKRPB) Sabah Salmah Labulla berkata, pihaknya bersedia memberikan khidmat nasihat teknikal dan pengembangan pertanian berkaitan dengan racun makhluk perosak kepada semua golongan sasar di negeri ini.

Katanya, pengguna berpeluang mengetahui objektif pelesenan ini bagi memastikan bahawa semua racun makhluk perosak yang dijual, dipamer dan disimpan untuk dijual dalam keadaan teratur.

“Ia bagi meminimumkan penyalahgunaan dan pencemaran dari tumpahan yang boleh memudaratkan manusia, binatang dan alam sekitar.

“Selain itu, memastikan hanya racun makhluk perosak yang berdaftar sahaja dijual atau disimpan di premis yang dilesenkan dan bagi membolehkan pengawasan dibuat ke atas penjualan serta pelupusan racun makhluk perosak,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular