HomeUtama60 peratus tenaga buruh di Sabah belum daftar ahli KWSP

60 peratus tenaga buruh di Sabah belum daftar ahli KWSP

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 juta tenaga buruh di negeri ini belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengarah Wilayah KWSP Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Mohd Fadil Sarehan berkata, mereka yang belum berdaftar adalah berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.

Katanya, jumlah itu dipengaruhi oleh tahap literasi kewangan dalam kalangan rakyat Sabah yang masih rendah selain rakyat turut mempunyai persepsi salah terhadap KWSP termasuk cabaran geografi serta infrasktuktur.

Justeru, pihaknya mempunyai mandat besar bagi memastikan rakyat khususnya di negeri ini mempunyai kesedaran mengenai kepentingan simpanan persaraan dan memiliki simpanan persaraan kelak.

“Kami di KWSP mempunyai satu mandat besar dimana kita mahu pastikan rakyat di Malaysia khususnya di Sabah ini mempunyai simpanan masa mereka bersara dan ini sesuatu yang perlu kita sama-sama usahakan.

“Ini adalah bagi memberi kesedaran kepada mereka untuk mempunyai dana persaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri ‘State Media Engagement Sabah Chapter’ oleh KWSP di sini semalam.

Fadil berkata, pihaknya turut menyeru orang ramai yang tidak bermajikan namun bekerja sendiri dan mempunyai pendapatan untuk membuat caruman atau simpanan secara sukarela bagi kegunaan selepas bersara.

“Kaedah kita menyimpan secara sukarela ini semudah seperti kita guna kedai atas talian.  Maknanya kita pilih berapa kita mahu ‘transfer’.

“Keduanya, bila kita menyimpan secara sukarela ini, dia tidak terikat dari segi undang-undang, masa inilah anda boleh simpan berapa nilai jumlah berbanding dengan caruman secara ‘paksa’,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

11 rumah musnah di Membakut dibina semula dibawah inisiatif RIM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular