HomeUtamaKOSAN perlu sentiasa penuhi kriteria kualiti pakaian seragam, kasut sekolah

KOSAN perlu sentiasa penuhi kriteria kualiti pakaian seragam, kasut sekolah

Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Pengurusan Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) khususnya anggota lembaga koperasi perlu peka terhadap saranan Kerajaan untuk sentiasa berusaha memenuhi kriteria permintaan Kerajaan dari segi kualiti pakaian seragam dan kasut sekolah.

Pengerusi KOSAN Datuk Ellron Angin berkata, ia membuktikan bahawa KOSAN mampu untuk mendukung amanah yang diberikan oleh Kerajaan dalam aktiviti sosial terutama sekali untuk pembekalan pakaian seragam dan kasut kepada murid-murid sekolah.

“Saya diberi amanah untuk menerajui KOSAN dan sekaligus memastikan koperasi ini diurustadbir dengan baik dan teratur agar menjadi satu Koperasi yang boleh dibanggakan oleh semua anggotanya terutama rakyat Sabah amnya. 

“Justeru itu, saya tahu ini menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengharungi cabaran yang mendatang. 

“Walaubagaimana pun, saya yakin bahawa semua rintangan ini dapat diatasi sekiranya kita sentiasa komited dan bersedia bekerjasama mencari jalan mengatasi masalah ini demi kepentingan KOSAN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KOSAN ke 40 di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah Datuk Mansur Asun

Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata, meskipun kontrak pesanan Kerajaan bagi pakaian seragam dan kasut sekolah untuk dua pasang dikurangkan kepada satu pasang selain tempoh kontrak turut dikurangkan dua tahun namun pihaknya yakin Kerajaan akan menilai prestasi KOSAN pada tahun ini dan tahun depan.

Justeru beliau menyeru agar kualiti pembekalan pakaian seragam dan kasut memenuhi kehendak pesanan Kerajaan.

“Sudah tiba masanya KOSAN perlu kearah mempelbagaikan rantaian nilai dan aktiviti dalam perniagaan. 

“KOSAN perlu membangunkan tanah – tanah KOSAN yang sedia ada seperti Tanah di Putatan dan Tuaran.

“Pembangunan ini akan dapat menjana pendapatan dalam masa jangka panjang. Secara langsung ianya dapat membantu belia-belia di luar mendapat pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Ellron turut menyeru agar anggota Lembaga Koperasi berserta pengurusan memikirkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang baharu agar KOSAN terus didalam ingatan umum. 

“Maka, saya juga menyeru kepada semua anggota-anggota untuk memberikan sokongan penuh kepada usaha ini agar kita lebih stabil dan memberikan pulangan yang berlipat ganda kepada anggota dan warga KOSAN. 

“KOSAN perlu untuk berdiri sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada tempahan Kerajaan yang pada dasarnya boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah Rayuan Terima Pemohonan Pendakwaan, Bung Moktar dan Isteri Diarah Bela...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular