HomeIsu tempatanMaritim Malaysia Kudat bantu selamatkan nyawa bayi berusia tiga hari

Maritim Malaysia Kudat bantu selamatkan nyawa bayi berusia tiga hari

Read Time:56 Second

Kudat :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan misi bantuan Medical Evacuation (Medevac) bagi membawa seorang bayi lelaki berusia tiga hari yang memerlukan rawatan segera di Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi di sini semalam.

Bayi berkenaan, Mohd Adwa Faiq Salleh mengalami demam dan berisiko mendapat jangkitan selaput otak dan serangan sawan perlu mendapatkan rawatan segera di Hospital Kudat.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Kudat Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, misi bantuan (Medevac) telah dilaksanakan aset ronda Zon Maritim Kudat iaitu Bot Halilintar 02 setelah menerima panggilan daripada Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi sekitar jam 3 petang pada hari kejadian.

“Mangsa diiringi ibunya dan tiga orang kakitangan kesihatan tiba di Jeti Marina, Kudat lebih kurang jam 5 petang, seterusnya dipindahkan ke ambulans untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kudat.

“Adwa dilaporkan masih lagi mendapatkan rawatan lanjut dan diberikan pemantauan rapi sehingga keadaan beliau stabil,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau talian kecemasan NG999 untuk maklum balas segera. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Wanita perlu tahu prosedur pengurusan harta pusaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular