HomeUtamaSabah komited majukan bidang STEM, bantu majukan ekonomi negeri

Sabah komited majukan bidang STEM, bantu majukan ekonomi negeri

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu: Sabah komited untuk terus memajukan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri ini dengan meningkatkan bilangan pelajar di peringkat sekolah, universiti dan karier.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Sabah juga memerlukan ramai pakar-pakar STEM pada masa akan datang bagi memajukan ekonomi negeri.

“Harapan kerajaan Sabah adalah agar pelajar-pelajar yang terhasil dari program ini dapat memanfaatkan ilmu STEM dan kemahiran-kemahiran seperti inovasi, pemikiran kreatif, dan pengkomersilan untuk memajukan diri, keluarga, dan masyarakat.

“Saya percaya, melalui program seperti ini, kita dapat melahirkan generasi yang berpengetahuan tinggi dan mampu menghadapi cabaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan dan penyampaian hadiah Program Mini Teater STEM Sabah di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, program seumpama itu harus dirancakkan lagi agar objektif kerajaan negeri dapat tercapai.

“Kita mahukan bukan sahaja pelajar yang mempunyai pengetahuan saintifik, tetapi juga yang dapat mengaplikasikan kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah-masalah di dunia sebenar.,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat dan pembangunan ekonomi digital yang menyeluruh merupakan cabaran utama oleh kerajaan negeri.

“Diharapkan dengan program ini lebih ramai pelajar yang komited untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan STEM, menceburi kerjaya bidang STEM, dan juga menginspirasikan pelajar-pelajar lain untuk turut sama meminati STEM.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memastikan kejayaan ini dapat diteruskan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular