HomeUtama102 KIR terjejas banjir di Penampang terima sumbangan Perdana Menteri

102 KIR terjejas banjir di Penampang terima sumbangan Perdana Menteri

Read Time:1 Minute, 14 Second

Penampang : Seramai 102 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir di Penampang baru-baru ini, menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Kanan Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ketika ditemui media, beliau berkata, terdapat beberapa perkara yang boleh ditambah baik bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

“Semalam, saya telah turun ke beberapa kawasan terutamanya di Penampang bersama Pegawai Daerah, Francis Chong untuk melihat kawasan banjir dan beberapa tempat yang perlu suatu tindakan segera daripada agensi di peringkat persekutuan dengan kerjasama negeri untuk melakukan beberapa tindakan yang boleh memberikan maklumat awal kepada rakyat di kawasan ini yang terkena dengan banjir.

“Kalau ikut Jabatan Meteorologi, limpahan air hujan pada tarikh tersebut memang tinggi. Ini memberikan peluang kepada agensi memperbaiki sistem amaran dan saya yakin beberapa perkara itu harus diteliti semula agar dapat ditambah baik.

“Untuk itu, saya telah minta Pegawai Daerah untuk menyediakan beberapa cadangan bertulis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir Penampang di Dewan Kebudayaan Penampang, di sini semalam.

Selain mangsa banjir, sumbangan berjumlah RM10,000 juga turut diberikan masing-masing kepada Ibu Pejabat Polis Daerah dan Balai Bomba Daerah Penampang.

Sementara itu, penerima sumbangan, Francis Xavier berkata beliau tidak menyangka akan mendapat bantuan daripada Perdana Menteri.

Francis atau lebih dikenali sebagai Oliver Putut merupakan tukang kayu memaklumkan sumbangan itu sangat diperlukan kerana beliau perlu membeli peralatan pertukangan bagi menggantikan peralatan yang rosak akibat bencana banjir pada 30 Jun lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Mesyuarat berhubung isu GISBH di Sabah diadakan bulan depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular