HomeSukanKejohanan sukan bantu lonjakkan pencapaian murid

Kejohanan sukan bantu lonjakkan pencapaian murid

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran kejohanan sukan dalam kalangan murid di semua peringkat merupakan satu usaha berkesan dalam memastikan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid dapat memberi kesan berganda dalam bidang pembelajaran.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, ia secara tidak langsung dapat melonjakkan pencapaian murid dalam bidang pembelajaran dan kemenjadian murid.

“Badan sihat otak cerdas boleh dikaitkan dengan aktiviti jasmani yang diadakan di sekolah.  Elemen ini sangat dititikberatkan oleh pihak kerajaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani.

“Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan juga pada masa akan datang.

“Saya juga mengharapkan semua pihak dapat memberi sokongan kepada anak-anak kita untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan pelibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSSS) Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung selama tiga hari berakhir semalam di sini.

Arif berkata, momentum seperti itu amat diperlukan agar anak-anak sentiasa cerdas dan cergas samada di sekolah mahupun di rumah.  

Katanya, ia juga akan dapat melahirkan pelajar minda kelas pertama yang sentiasa diharapkan.

“Dipihak Pelibatan Ibu, Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) dalam pendidikan komited memberi sepenuh sokongan kepada usaha MSSS dalam menyahut saranan Kerajaan untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat seawal usia mereka, iaitu sejak di peringkat sekolah rendah lagi,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 17 daerah telah menyertai kejohanan Ragbi MSSS 2024 itu dengan menampilkan dua daerah baharu iaitu Tambunan dan Tenom.

Pasukan 18 tahun ke bawah disertai oleh 12 daerah dan pasukan 12 tahun ke bawah disertai oleh 14 daerah.

Jumlah pasukan yang menyertai kejohanan pada tahun ini adalah sebanyak 28 pasukan. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Sukan

Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027: Hannah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular